Wednesday, February 17, 2010

TAHNIAH BUAT BALQIS DAN FATIN

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Farizatul Balqis Pelajar Cemerlang 5A UPSR 2009 ditawarkan ke SMKA Slim River.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada beliau kerana mendapat tawaran ke MRSM Pasir Salak. Beliau melapor diri hari ini, Rabu, 17 Februari 2010.

Tahniah dan syabas juga kepada Nur Fatin Fatihah, Pelajar Cemerlang 4A1B UPSR 2009 ditawarkan ke SMKA Sultan Azlan Shah, Bota ( Ambilan ke-3 ) melapor diri pada hari Isnin, 22 Februari 2010.

Selamat Mendaftar.

Read more...

Thursday, February 11, 2010

JAWATANKUASA PIBG SK TEPUS SESI 2010/2011

Pihak pentadbiran dan seluruh warga SK Tepus merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan PIBG sesi 2010/2011 yang di ketuai oleh Yang Dipertua PIBG, En. Sazaali b Jalael,PJK
Jawatankuasa PIBG SK Tepus sesi 2010/2011




YANG DIPERTUA
En. Sazaali b Jalael,PJK
NAIB YANG DIPERTUA
Pn. Jamaliah bt Mahsom
SETIAUSAHA
Pn. Marliana bt Baharuddin
BENDAHARI
Pn. Sharifah Husna bt Syed Noor Alkhuraish
AHLI JAWATANKUASA
1. En. Mohd Yusof b Jalil
2. Pn. Azizah bt Aziz
3. Pn. Sapinah bt Rahim
4. Pn. Nor Azizan bt Abd Aziz
5. Pn. Rofidah Hanim bt Hj. Abdullah
6. Pn. Masitah bt Hj. Abd Rahim
7. Pn. Noriyah bt Ahmad Ali Piah
8. Pn. Siti Fatimah bt Syed Nor
9. Pn. Norzihan bt Mohd Yusof
10. Pn. Noraini bt Ariffin

PEMERIKSA KIRA
1. Pn. Hjh. Zaleha bt Mohd Yazid
2.

Read more...

Wednesday, February 10, 2010

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-28 TAHUN 2010

Tarikh : 11 Februari 2010
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Tahun 6 SK Tepus
Perasmian oleh :
EN. MOHD ARIF BIN MOHD YUNUS
Penyelia Sekolah Rendah
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah
Seri Iskandar

Read more...

Saturday, January 23, 2010

MBMMBI

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH


KENYATAAN AKHBAR

Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015

PENTAKSIRAN

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematikn bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Read more...

Monday, January 11, 2010

PBDP 2010 - 2012

PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010 - 2012
1) Memartabatkan Bahasa Melaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris
2)Pembentangan Perkembangan Baru Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
3) Satu Malaysia
4) Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi
5) Sub-NKRA Literasi dan Numerasi A
6) Sub-NKRA Literasi dan Numerasi B
7) Sub-NKRA Prasekolah
8) Kertas Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional
9) Sub-NKRA New Deal / Bai'ah Pengetua / Guru Besar
10) Pembentangan Dasar 10 Mata Pelajaran

Read more...

Tuesday, January 5, 2010

TAHNIAH!


WARGA SK TEPUS MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS! SELAMAT MENDAFTAR



Read more...

Monday, December 28, 2009

MESYUARAT GURU DAN KUTIPAN YURAN PERSEKOLAHAN 2010

KUTIPAN YURAN PERSEKOLAHAN 2010
Tarikh : 31 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
Tempat : Bilik Tahun 6

MESYUARAT GURU KALI 1 - 2010
Tarikh : 31 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Komputer

Semua guru dijemput hadir

Read more...

JOM SOLAT

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP